Breaking

11 November 2015

ADAB MENJAGA DIRI DAN MARUAH

Assalamualaikum W.b.t

Penekanan terhadap tatacara menjaga adab dan pergaulan amat penting dalam Islam. Ini kerana, salah satu daripada tujuan kerasulan baginda nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul adalah untuk memperbaiki adab dan akhlak umat baginda. Aras kecantikan seseorang tidak ditentukan melalui harta, keturunan dan paras rupa sebaliknya bergantung kepada nilai adab dan akhlak yang ditonjolkan oleh orang tersebut. Justeru, diharap agar semua pelajar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki akhlak masing-masing daripada semasa ke semasa. Biarlah perubahan itu berlaku secara sedikit-sedikit namun berlanjutan secara istiqamah.