Breaking

16 October 2016

Teknik Menjawab Soalan Berfokus


Kerap kali dalam peperiksaan, bentuk soalan yang disediakan dalam bentuk soalan berfokus. Soalan ini lazimnya mudah bagi pelajar yang mempunyai fokus yang tinggi namun, kerap kali menjadi perangkap kepada pelajar yang selalu hilang fokus ketika menjawab soalan. Antara contoh bentuk soalan berfokus adalah seperti berikut:

1. Senaraikan tiga Rukun Agung dalam agama Kristian.
2. Nyatakan isi kandungan Si Shu (Empat Buku) dalam ajaran Confucius.
3. Berikan lima aktiviti dalam sambutan perayaan Deepavali di Malaysia.

Perkataan yang ditebalkan merupakan fokus soalan. Fokus ini perlu dibulatkan atau digariskan untuk mengelak jawapan yang diberikan tersasar daripada fokus soalan.