1. Beri arahan dengan jelas.
Jelaskan arahan satu persatu. Perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, langkah demi langkah.
2. Contoh / demonstrasi
Beri contoh atau tunjuk bagaimana tugasan dibuat.
3. Sumber rujukan
Berikan sampel jawapan atau sumber jawapan. Jika ada, semak agar murid faham di mana mereka boleh merujuk jawapan.
4. Bimbingan rakan
Gunakan bantuan murid yang pandai agar dapat bantu murid lemah. Hal ini juga dapat menjimatkan masa guru untuk monitor progress setiap murid.
5. Set soalan berbeza
Pastikan ada set soalan yang berbeza, arahan atau soalan yang lebih mudah tetapi dengan isi yang sama / kemahiran yang sama. Hal ini bergantung kepada keadaan. Ajar sama tetapi pentaksiran / latihan yang berbeza.
6. Wujudkan kumpulan khas
Bentuk kumpulan homogenous sebegini memudahkan cikgu memberikan perhatian secara khusus. Guru juga dapat memberi intervensi yang tepat.
7. Ganjaran khas
Tawarkan ganjaran lebih sedikit untuk murid lemah dan perlu untuk guru jelaskan kepada murid lain tawaran khas itu khusus untuk membantu rakan mereka. Hal ini juga dapat mengelakan rasa cemburu.
8. Berikan nota yang lebih ringkas tetapi padat.
Nota yang penting sahaja, ringkas serta boleh difahami oleh murid.
9. Drills
Berikan latihan lagu berirama, formula atau apa sahaja yang boleh dihafal oleh murid.
10. Gunakan flashcards.
Sesuai untuk murid mengingat nota penting. Mereka juga dapat mengingat nota penting. Aplikasi seperti Quizzlet sangat membantu.
11. Analogi
Berikan analogi bagi memudahkan murid faham konsep. Analogi bermaksud persamaan atau contoh yang mudah untuk murid rujuki.
12. Elemen Merentas Kurikulum
Hal ini adalah penting kerana murid membuat hubung kait dengan topik yang sama dalam subjek lain. Dengan itu, mudah untuk murid faham. Contohnya penggunaan wang (Bahasa Inggeris dan Matematik).
13. Beri pilihan
Beri murid pilihan untuk memilih soalan yang boleh mereka jawab. Mungkin kerana stimulus soalan tertentu itu lebih relevan dengan mereka.
14. Gamifikasi
Murid-murid lemah jarang memahami kenapa mereka harus belajar. Oleh itu, berikan mereka tugasan yang perlu mereka lengkapkan. Dan seusai setiap tugasan berjaya disiapkan, mereka diberikan ganjaran atau markah. Podium atau tangga pencapaian perlu dipaparkan agar murid nampak perkembangan mereka. Permainan ini seperti ‘treasure hunt’ dengan checkpoint tertentu.
15. Perspektif lain
Murid lemah ada yang loyar buruk dan mempersenda cara atau apa yang cikgu ajar di hadapan. Oleh itu, berikan peluang kepada murid memberi pendapat apa hasil yang mereka ingin kongsikan pada akhir PdPc. Sesetengah murid akan mengatakan ‘nak menyanyi, nak berlakon, nak tangok video’. Ini memberi gambaran kepada kita akan kecenderungan cara belajar. Oleh itu, kita fokuskan sumber pembelajaran berbentuk demikian. Jika mereka jenis suka buat persembahan, berikan mereka penghargaan untuk membuat persembahan berasaskan topik yang diajar. Mereka diraikan umpama superstar.
16. Turunkan Aras
Turunkan aras soalan atau nota. Jika perlu, bagi sekolah menenengah, bole gunakan bahan-bahan sekolah rendah. Selagi atak menguasai yang asas, bagaimana nak kuasai yangs seterusnya, kan?
17. Apps
Gunakan pelbagai jenis apps kerana rekabentuk apps untuk pembelajaran sangat interaktif, mudah digunakan dan berunsurkan gamifikasi bagi kebanyakannya. Jadi murid memberi lebih perhatian dan berminat untuk belajar atau menjalankan tugasan. Hal ini sama dengan penggunaan FrogPlay.
18. Latihan berfokus
Berdasarkan item analisis, murid diberikan latihan yang berfokus mengikut konstruk yang murid lemah. Hal ini sedikit rumit untuk disediakan namun mampu memberi impak besar. Murid dikumpulkan dan diberikan latihan bukan mengikut kategori lemah, pandai secara keseluruhan, tetapi mengikut konstruk.
19. Warna & Sticker
Murid lemah memberi respon yang pendek. Akan tetapi kita perlu mendapatkan pemikiran mereka dan pendapat mereka. Oleh itu, gunakan sticker untuk murid menampal smiley, mereka dan mencipta poster misalnya. Jadi dapat dilihat bagaimana murid mentafsir apa yang mereka pelajari.
Sumber