Breaking

19 February 2018

Aktiviti PA ke-21 untuk Peneguhan

 


Antara aktiviti (sesuai untuk peneguhan) yang diaplikasikan ialah:

1. HOT SEAT (Kerusi Panas)

Seorang murid dipilih/sukarela secara bergilir duduk di atas kerusi di hadapan kelas untuk menjawab apa sahaja soalan yang dilontarkan oleh murid lain berkaitan topik yang dipelajari.

2. BEG BERACUN

Beberapa set soalan yang telah ditetapkan perlu dijawab oleh kumpulan tertentu dimasukkan ke dalam sebuah beg. Beg tersebut dilontar antara satu kumpulan kepada satu kumpulan apabila muzik dimainkan.

Apabila muzik berhenti, kumpulan yang mendapat beg perlu mencabut set soalan dan mengajukan soalan kepada kumpulan yang telah ditetapkan pada set soalan tersebut. Salah seorang ahli kumpulan yang ditetapkan perlu menjawab soalan yang diajukan.

Jika salah, kumpulan lain dibenarkan untuk menjawab soalan tersebut. 2 markah diberikan jika jawapan yang dijawab adalah betul.

3. KAHOOT!

Aplikasi Kahoot! juga boleh digunakan untuk aktiviti peneguhan.

Murid perlu melayari http://kahoot.it untuk bermain.

Sebelum itu, guru perlu membina set soalan berserta jawapan yang betul. Semasa aktiviti peneguhan, guru perlu melancarkan soalan yang telah dibina dalam aplikasi Kahoot untuk mendapatkan game pin.

4. DRAGON BALL

Guru menyediakan beberapa soalan. Setiap satu soalan, ditulis pada sehelai kertas. Kertas soalan tersebut, direnyuk sehelai demi sehelai berlapis sehingga membentuk sebiji bola besar.

Semasa aktiviti peneguhan, guru melontar bola tersebut pada murid dan murid yang mendapat bola tersebut perlu membuka kertas tersebut untuk menjawab satu soalan. Aktiviti diteruskan sehingga semua soalan terjawab.