Borang Penskoran Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Di dalam SKPMg2 Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
Berikut adalah Borang Standard 4, iaitu intrumens penilaian bagi PdPc guru. Boleh MUAT TURUN versi PDF pada pautan di bawah.
Pelbagai kriteria yang dinilai oleh penilai.
Guru sebagai perancang.
Guru sebagai pengawal.
Guru sebagai pembimbing.
Guru sebagai pendorong.
Guru sebagai penilai.
Murid sebagai pembelajar aktif.
Guru sebagai perancang bermaksud guru mempunyai perancangan dalam melaksanakan pdpc. Ia sebenarnya adalah apa yang telah ditulis di dalam RPH.
Guru sebagai pengawal pula merupakan elemen penting, guru bertanggungjawab mengelola kelas dengan aktiviti yang telah disusun.
Cara guru menguruskan murid di dalam kelas juga akan dilihat dalam Standard 4 SKPMG2 ini.