Breaking

19 February 2018

Flipped Classroom dan Blended Learning



DEFINISI:

FLIPPED CLASSROOM atau dalam BM KELAS FLIP ialah kombinasi penyampaian secara dalam talian sehari sebelum kelas, diikuti aktiviti perbincangan murid di dalam kelas dan latihan secara online di rumah.


BLENDED LEARNING atau dalam BM PEMBELAJARAN TERADUN ialah kombinasi penyampaian secara bersemuka atau berhadapan dengan penggunaan dalam talian (online) semasa sesi pengajaran di dalam bilik darjah.


CARA MELAKSANAKAN:


FLIPPED CLASSROOM

==================


1. Guru perlu menyampaikan sesuatu topik secara online berserta tugasan untuk dilakukan sehari sebelum murid masuk ke kelas. Guru merekod penerangan sesuatu topik dan dimasukkan ke dalam site VLE-frog@ WhatsApp/Telegram group kelas.


2. Keesokan hari di dalam kelas, murid akan melaksanakan aktiviti berkumpulan, iaitu aktiviti perbincangan penyelesaian masalah dan sesi perkongsian.


3. Di rumah, murid membuat latihan yang dihantar oleh guru secara online untuk mengukuhkan pemahaman mereka.


BLENDED LEARNING

=================


1. Guru menggunakan video untuk menarik perhatian murid dan melaksanakan sesi soal jawab.


2. Penerangan tentang sesuatu topik dibuat oleh guru.


3. Murid melaksanakan perbincangan dan menggunakan aplikasi online (VLE-frog, Kahoot, Pickers dll) untuk menjawab tugasan yang diberikan oleh guru di dalam kelas.


NOTA: Flipped classroom dan blended learning memerlukan guru menggunakan TEKNOLOGI untuk membantu proses PdPc.



Sumber