Breaking

19 February 2018

Kaedah Pembelajaran Abad 21: PETA ALIR


https://www.kaptest.com/blog/prep/wp-content/uploads/sites/21/2016/04/canstockphoto12246678.jpg

KAEDAH 1 : EXPERT GROUP DAN HOME TEAMS

1. Bahagikan pelajar kepada 5 kumpulan (pelbagai aras)
2. Perbincangan sub topik dalam kumpulan
3. Menulis maklumat dan idea
4. 2 orang wakil kumpulan bergerak ke kumpulan yang lain
Beri penerangan
Baki ahli kumpulan berada dalam kumpulan utk menerima maklumat
5. 2 orang wakil kembali ke kumpulan
6. Perbincangan dalam kumpulan (semua tajuk)
__________________________

KAEDAH 2 : THINK – PAIR – SQUARE


1. Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan besar (6 orang murid 1 kumpulan).
2. Setiap kumpulan diedarkan 3 keping kertas A4 (peta i-Think) manakala setiap murid diedarkan kertas soalan.
3. Guru memecahkan kumpulan kepada 3 kumpulan kecil di dalamnya 2 orang murid untuk 1 kumpulan.
4. Wakil kumpulan kecil pilih salah satu daripada 3 keping A4 ( peta i-Think).
5. Murid berbincang dan melengkapkan peta minda kosong yang mereka telah pilih.
6. Wakil kumpulan kecil membentangkan tugasan mereka dalam kumpulan besar.
__________________________

KAEDAH 3 : STAY & STRAY

1. Murid dipecahkan dalam 4 kumpulan.
2. Setiap murid dalam kumpulan dinomborkan.
3. Guru memberikan tajuk untuk tugasan setiap kumpulan.
4. Setiap kumpulan melakarkan peta minda berdasarkan tugasan.
5. Murid yang bernombor 1,2,3 dalam kumpulan akan bergerak keluar menerangkan tugasan mereka kepada kumpulan lain.
Murid yang bernombor 4,5,6 akan kekal dalam kumpulan untuk menerangkan tugasan mereka kepada murid yang datang kepada kumpulan mereka.

PETA ALIR KAEDAH GAMES

1. Guru memilih murid secara rawak.
2. Murid mencabut soalan dalam kotak undi.
3. Murid yang dipih secara rawak menjawab soalan.
Guru membuka kepada murid lain sekiranya murid dipilih tidak boleh menjawab.
4. Guru memberi ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab.
__________________________

KAEDAH 4 : PETA ALIR EXPLORACE


1. Guru sediakan tugasan.
2. Tentukan Check Point
3. Taklimat
4. Bina Kumpulan
5. Cabut Undi
6. Bekalkan 1 kertas mahjong dan 4 kertas A4 serta alat tulis
7. Bergerak ke setiap stesyen sehingga selesai
8. Pembentangan
__________________________

KAEDAH 5 : PETA ALIR TABLE TALKERS

1. Sediakan 4 stesen – Letakkan buku teks, nota ringkas dan kad-kad.
2. Bina 4 kumpulan murid
3. Setiap kumpulan berada di stesen – Aktiviti: bincang dan buat catatan ringkas
4. Bergerak ke stesen berikutnya – Ulang langkah sehingga selesai
5. Murid diminta melengkap senarai semak.
6. Selesai
__________________________

KAEDAH 6 : PARTY DAN SUSUN KAD

1. Guru sediakan bahan laminate
– 3 set : Letak di setiap wakaf
2. Pembahagian 3 kumpulan
3. Kumpulan bergerak ke setiap wakaf
– Wakaf 1 : Bahai
– Wakaf 2 : Qadiani
– Wakaf 3 : Taslim
4. Dapatkan maklumat dan catatan
5. Perbincangan suasana ‘Party’
6. Guru mengumpul semua bahan di tengah kelas
7. Permainan Kad
8. Soalan lisan oleh guru
__________________________

KAEDAH 7 : THINK-PAIR-SHARE

1. Bahagikan murid kepada 4 kumpulan : Terdiri daripada 6 pelajar
2. Berikan tugasan
3. Murid melengkapkan tugasan : Berdasarkan maklumat sedia ada
4. Video ditayangkan
5. Murid lengkapkan tugasan
6. Berkongsi maklumat dengan rakan sebelah
7. Berkongsi maklumat dengan kumpulan besar
8. Penilaian
9. Selesai
__________________________

KAEDAH 8 : HOME GROUP DAN COLOUR GROUP

1. Bentuk kumpulan :
– Bekalkan kertas A 3 dan alat tulis
2. Menerima tugasan :
– Setiap kumpulan menerima tugasan yang berbeza
3. Menyiapkan tugasan dalam kumpulan home group
– Setiap pelajar mesti menguasai tajuk yang diberikan
4. Setelah menguasai tajuk
5. Bina kumpulan baru (colour group)
– Rujuk slide 15 dan 16
6. Bincang hasil perbincangan dengan ahli kumpulan baru
7. Penilaian
__________________________

KAEDAH 9 : BUS STOP 

1. Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan
2. Setiap kumpulan diberikan sub topik dalam bentuk peta minda.
3. Murid berbincang dan melengkapkan peta minda dalam kumpulan.
4. Murid menampal peta minda kumpulan di sudut (hentian) yang telah ditetapkan.
5. Setiap kumpulan bergerak ke setiap hentian (5-7 minit) dan pelajar berbincang serta mencatat maklumat di setiap hentian.
__________________________

KAEDAH 10 : GALERY WALK

1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan
2. Kumpulan mencabut undi tugasan (Sub topik)
3. Guru mengedarkan peta minda kosong kepada setiap kumpulan
4. Murid berbincang dan melengkapkan peta minda
5. Kumpulan menampal bahan mereka di sudut yang disediakan
6. Setiap kumpulan bergerak ke setiap sudut untuk melihat bahan dari kumpulan lain (lihat-bincang-catat)
7. Kumpulan berkumpul semula untuk memulakan sesi soal jawab ( murid mencatat perkara yang tidak difahami semasa sesi “Galery Walk” untuk dikemukakan kepada kumpulan yang membina bahan tersebut)
__________________________

KAEDAH 11 : PERMAINAN ‘BEG KACANG’

1. Pembahagian 4 kumpulan
2. Free Discussion
3. Permainan beg kacang
– Berulang-ulang
– Soal jawab
4. Post It Noted
5. Pengukuhan
– Pamplet
__________________________

KAEDAH 12 : QUESTION CARD DAN GALLERY WALK

1. Bahagikan pelajar kepada 4 kumpulan
2. Edar Question Card
3. Perbentangan kumpulan
4. Pelajar lain menjawab Question Card
5. Guru pamer soalan dan jawapan
6. Pelajar semak jawapan
7. Jawapan betul bangun dan tunjukkan jawapan
8. Jawapan salah duduk(bimbingan daripada guru selepas PdP)
9. Gallery Walk
__________________________

SEKIAN. TERIMA KASIH

Sumber