Umum sedia maklum, KBAT adalah satu elemen yang mesti diterapkan dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) agar murid yang belajar dapat membina tahap pemikiran yang baik. Dengan proses ini. murid dapat membina kemahiran untuk keperluan kerjaya abad ke-21. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan keperluan kerjaya abad ke-21 (kemahiran yang diperlukan pada masa ini dalam bidang kerjaya:
Keperluan kerjaya abad ke-21 :
Keperluan kerjaya abad ke-21 :
Komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi
Kerja sepasukan
Keusahawanan
Kepimpinan
Belajar sepanjang hayat
Fleksibel
Kebolehan menyesuaikan diri
Berinisiatif dan ke arah kendiri
Sehubungan dengan itu juga, berikut merupakan 6 kemahiran berfikir yang perlu dikuasai oleh murid dalam sesuatu aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) :
Kreatif
Kritis
Menaakul
Berinovasi
Menyelesaikan Masalah
Membuat Keputusan
KEMAHIRAN BERFIKIR (TERKINI)
Kemahiran berfikir yang ditekankan adalah berdasarkan SEMAKAN Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori Anderson (1900) iaitu :
Mengingat
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta
JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR
1. Kemahiran Berfikir Kritis
kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
2. Kemahiran Berfikir Kreatif
kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.
3. Kemahiran Menaakul
membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
4. Strategi Berfikir
cara berfikir yang berstruktur dan berfokus dengan menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan yang berkesan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
Berikut merupakan 6 TAHAP PEMIKIRAN:
Manakala, berikut merupakan Senarai Kata Kerja bagi melaksanakan KBAT dalam aktiviti PdPc: