Breaking

24 March 2018

Mengurus Murid Pasif Dalam Kelas

 

‘Murid Pasif’ dalam kelas memang buat ramai guru ‘stressed’ dibuatnya. Apa masalah mereka sebenarnya? Jika ini bermain di fikiran cikgu, maka benarlah anda seorang cikgu prihatin sebab masih ambil peduli. Tahniah! Cuma perlu diperhalusi bagaimana nak berhadapan dengan murid pasif ini. Kupasan kali ini berfokus kepada ‘internal factor of the learning process’.

Situasi murid pasif dalam PdPc ini ada 3 iaitu:

1. Sebelum aktiviti (Tidak bersedia, tidak berminat)
2. Semasa aktiviti (Tak ambil kisah)
3. Selepas aktiviti (Habislah!)

Sebelum aktiviti

Murid jadi pasif di awal pembelajaran kerana:

1. Tidak bersedia

– Apa perlu disediakan? Nak buat apa ni? Nak belajar apa ni?
– Maklumkan murid perlu simpan buku, clearkan meja, sediakan alat tulis, duduk tegak.
– Perlunya objektif pembelajaran jadi murid tahu hari ni nak belajar apa, nak mengasah kemahiran apa dan dihujungnya saya nak buat apa…Jadi murid akan beri perhatian.
– Tajuk kena jelas, bincang maksud dan terangkan secara ringkas atau berikan situasi yang related/relevant kepada murid.
– Minta murid kongsikan pengetahuan mereka.

Boleh cuba: Entry Ticket, i-Think map, KWL
Rujuk:
23 Cara Memulakan PdPC (Set Induksi)

2. Tidak berminat

– Tajuk bosan lah! Ape tu? La…nak belajar macam semalam ke?– Atasi dengan terus buat game, aktiviti permainan, kuiz interaktif, treasure hunt, puzzle, menyanyi, menari.
– Guna pendekatan yang secara tidak langsung.
– Buat kejutan, pakai kostum ke,bawa objek ke.

Boleh cuba: Magic box, Magic Tricks, Jigsaw, Jigsaw Puzzle, Running Dictation, Pre Test Kahoot! 2 Truths and A Lie

Semasa Aktiviti

1. Murid tidak faham soalan/arahan
– Atasi dengan ubahsuai arahan, demo kan aktiviti, cuba jaya satu dua soalan dahulu.

2. Susahnya!
– Murid rasa susah nak buat. Mudahkan aktiviti ataupun bentuk mengikut pelbagai aras. Soalan kena perhalusi agar murid ada input.
– Dalam kumpulan sebaiknya ada murid yang lebih pandai untuk bantu (expert group).
– Ada sumber pembelajaran untuk diakses. Takkanlah baru belajar ‘grammar rules’ 10 minit lepas, terus murid boleh hafal semua. Mula dengan aplikasi dahulu ya. Pastikan murid ada rujukan.

Rujuk:

Stesen Sumber Di Dalam Kelas

3. Banyak sangat ahli dalam kumpulan.

Tetapkan fungsi untuk setiap ahli kumpulan. Murid jadi ‘off-task’ atau mula bosan sebab semua fungsi sudah dipenuhi oleh ahli-ahli kumpulan yang lain. Bahagikan kumpulan antara 3-6 orang sahaja.

Boleh cuba: Role Cards, Fan N Pick, Talking Chips, Round Table, Think Pair Share

Rujuk:

Role Cards
Fan N Pick

4. Aktiviti membosankan, slow

– Pilih aktiviti yang sesuai dan ‘rush’ kan murid dengan penggunaan ‘time limit’, whistle, muzik, Kahoot! dan tepukan tangan. Konsep accelerated learning pace.
Rujuk:
Kahoot Woot! Woot!

Kahoot! Langkah Demi Langkah

5. Bahan sumber tidak menarik

– Gunakan warna yang ‘vibrant, saiz yang besar, dan interaktif.

Selepas aktiviti

– Ini paling penting tapi paling pening. Soalan yang biasa diajukan, “Murid-murid faham semua? Ada apa-apa soalan?”. Bagi murid pasif, ‘they don’t know what they don’t know or do know until you make them in the know’.
– Tunjukkan hasil murid, beri feedback, beri peluang murid menilai dalam bentuk skor, grade, bintang, pendapat, pilihan terbaik dan sebagainya.
– Refleksi murid dalam pelbagai bentuk; soalan lisan seperti minta murid ulang perkataan dipelajari, apa mereka buat hari ini?soalan yang mana susah, soalan mana yang senang, apa aktiviti yang mereka enjoy, dan sebagainya. Dalam bentuk tulisan pula guna kaedah menulis respon di atas sehelai kertas. Dalam bentuk visual, gunakan lukisan untuk mereka menentukan tahap kefahaman mereka.
– Aplikasi luar kelas, bincang dengan murid, bagaimana mereka boleh aplikasikan pembelajaran ini di luar kelas/rumah/sekeliling mereka.
– 3 strategi; lisan, tulisan, visual.
Boleh cuba: Success Tree, Parking Lot, Exit Ticket, Survey, dan sebagainya.

External factor: beri rewards/ganjaran, suasana pembelajaran, lokasi pembelajaran, faktor waktu pembelajaran dan lain-lain.