Breaking

24 March 2018

Panduan Membuat Rumusan / Penutup PdPc


Rumusan atau penutup penting dalam PdPc sebagai petunjuk kepada hala tuju pembelajaran murid. Pada peringkat ini, murid diberikan maklumbalas secara menyeluruh tentang pencapaian mereka, bagaimana pembelajaran mereka boleh diperbaiki dan langkah seterusnya. Berikut ialah fakta penting tentang rumusan atau penutup yang juga dikenali sebagai kesimpulan dalam PdPc.

Fungsi rumusan / penutup:

1. Memberi gambaran keseluruhan pembelajaran murid.

2. Memberi maklum balas kepada tahap pembelajaran atau penguasaan murid.

3. Menyemak objektif pembelajaan.

4. Memberi peringatan kepada isi-isi utama.

5. Membuat perkaitan pembelajaran dengan kehidupan seharian.

6. Membuat perkaitan kepentingan pembelajaran ini kepada PdPc seterusnya.

7. Aktiviti pengayaan atau pengukuhan.

Contoh aktiviti-aktiviti rumusan / penutup:

1. Nyanyian
2. Sajak
3. Chants
4. Exit ticket
5. Peta iThink
6. Mini Quiz
7. Soal jawab
8. Perbincangan nilai murni

Nota tambahan:
1. Tiada penilaian pembelajaran dibuat pada peringkat ini. Aktiviti hanyalah sebagai pengukuhan.
2. Berlangsung tidak lebih daripada 5 minit (cadangan).

Kesan jika penutup atau rumusan tidak dibuat:
1. Pembelajaran tergantung dan tiada hala tuju.
2. Murid tidak dapat melihat susun galur pembelajaran mereka.
3. Tiada interaksi antara guru dengan murid.
4. Fungsi pembelajaran secara holistik tidak dapat dicapai.
5. Isi utama yang perlu dikuasai murid tidak dapat dikenalpasti.