3-2-1
Murid menyenaraikan 3 isi paling penting yang telah mereka pelajari. Kemudian murid pilih dua perkara yang akan mereka pelajari lebih lanjut dan akhirnya murid melilih satu perkara yang mereka masih belum faham. Hal ini melatih murid berfikiran kritikal dalam membuat keputusan serta mampu merumuskan apa yang telah dipelajari.
Back & Forth
Murid berpasangan bersilih ganti menjadi guru dan murid. Seorang akan menerangkan sesuatu konsep atau idea sementara seorang lagi akan mendengar penjelasan rakannya. Kemudian, mereka bertukar peranan. Murid dapat mengasah kemahiran menerangkan dan lebih menguasai topik yang dipelajari.
Card Sort
Murid diberikan beberapa keping kad yang tertulis perkataan dan ada yang bertulis dengan maksud atau penjelasan. Secara berpasangan, murid menyelesaikan padanan kad. Bukan sahaja aktiviti ini menyeronokkan malah murid akan memberikan lebih tumpuan untuk menyudahkan misi melengkapkan padanan kad.
Find Someone Who
Murid diberikan senarai 10-20 soalan dalam sehelai kertas. Oleh itu, murid perlu mencari rakan di dalam kelas yang boleh menjawab soalan tertentu. Contohnya, Find Someone Who can write the past tense of run. Find Someone Who can answer 2X2-5.
Gallery Walk
Murid secara berkumpulan menyiapkan hasil kerja atau dapatan dalam kertas sebak atau kad manila. Kemudian hasil kerja ditampal. Secara berkumpulan murid bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan dan mereka dan meninggalkan sebarang komentar atau pujian pada hasil kerja tersebut menggunakan stickey notes.
Inside Outside Circles
Setelah murid mempelajari sesuatu kandungan, mereka akan dibahagikan kepada dua kategori. Murid Inside Circle dan Murid Outside Circle. Beberapa set soalan akan diajukan. Murid inside circle akan memberikan jawapan kpd soalan 1 kepada murid outside circle. Setelah selesai murid inside circle tadi akan berkata 'pass' dan murid outside circle pula memberikan jawapan. Setelah selesai 10 saat, maka wisel dibunyikan dan murid akan bergerak selangkah ke kiri atau kanan dan buat rotation.
Jigsaw
Murid dalam kumpulan diberikan beberapa set soalan. Jika ada 5 orang ahli, maka setiap seorang akan menjawab soalan tertentu. Contohnya murid A untuk soalan 1, murid B untuk soalan 2. Setelah selesai, beberapa kumpulan meja dilabelkan sebagai A, B, C, D, dan E. Semua murid A dari setipa kumpulan berkumpul di meja A dan begitu juga untuk hrufu-huruf yang lain. Maknanya semua murid A yang menjawab soalan 1 akan berdiskusi sehingga menjadi pakar. Untuk pusingan seterusnya, mereka kembali ke kumpulan masing-masing dan menerangkan kepada ahli kumpulan B, C, D dan E.
One Minute Notes
Murid merumuskan apa yang mereka faham setelah belajar sesuatu konsep atau tempoh masa. Murid bebas menuliskan respon sama ada dalam bentuk peta minda, ayat, perenggan dan aap sahaja yang bersesuaian. Contohnya, rumuskan apa yang telah kamu pelajari setelah 5 minit yang lepas.
Quiz, Quiz Trade
Untuk aktiviti ini, murid secara berpasangan memilik dua set kad berbeza. Pada setiap kad, di bahagian hadapan adalah soalan manakala di belakangnya adalah jawapan. Untuk pusingan pertama, Rakan A mengajukan soalan kepada rakan B. Rakan B akan memuji jika jawapan itu tepat atau menerangkan jika jawapan itu salah. Kemudian, mereka bertukar peranan. Setelah kedua-duanya selesai, mereka bertukar kad dan bertukar pasangan pula. Proses ini diteruskan selepas tempoh tertentu.
Think Pair Share
Aktiviti ini adalah yang paling popular di kalangan guru. Setelah mempelajari sesuatu isi atau konsep, murid secara individu menuliskan 3 perkara yang telah mereka pelajari. Kemudian mereka bandingkan dengan rakan di sebelah. Jika ada yang sama, murid tandakan idea itu. Jika tidak, maka perlu dituliskan idea itu. Setiap pasangan berkongsi idea-idea mereka kepada kelas. Semasa mendengar pembentangan rakan yang lain, mereka boleh menambah idea rakan-rakan lain ke dalam senarai.
Sumber