Breaking

18 April 2018

Contoh RPH Semasa Peperiksaan

http://www.studentsfirstmi.com/wp-content/uploads/2015/06/how-to-make-plan-for-the-freshman-year.jpg
 
Rata-rata sekolah sedang menjalankan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau PKSR 1 pada waktu ini. Mungkin juga ada yang baru bermula hari ini, semoga peperiksaan berjalan lancar dan teratur mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimana penulisan RPH ketika peperiksaan? Sebenarnya banyak versi, ada yang menulis seperti biasa mengikut jadual kelas, di refleksi pula tulis Pdpc tidak dijalankan kerana murid sedang menjawab soalan PKSR 1.

Ada juga yang hanya tampal sahaja jadual exam, lagi mudah, tak perlu susah-susah nak karang ayat.
Selain daripada itu, terdapat juga yang menulis berdasarkan ujian pada hari tersebut seperti:

Tajuk: Bahasa Melayu Pemahaman
Objektif: Murid dapat menjawab dengan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan.
Aktiviti: 
Guru mengedarkan kertas soalan kepada murid.
Guru dan murid menerangkan peraturan menjawab soalan dan menyemak kertas soalan.
Murid menjawab soalan.
Guru mengutip kertas soalan dan mengiranya.
Sebagai contoh boleh muat turun RPH semasa peperiksaan di bawah.