Breaking

18 April 2018

KATA KERJA UNTUK MENUNJUKKAN TINGKAH LAKU DALAM PENULISAN OBJEKTIF


 https://s3.amazonaws.com/pas-wordpress-media/content/uploads/2014/07/business-planning-653x339.jpg

OBJEKTIF perlu dibina berdasarkan SP/Huraian Sukatan Pelajaran.
KATA KERJA dalam SP/Huraian Sukatan Pelajaran yang TIDAK BOLEH DIPERHATIKAN perlu ditukar seperti di bawah:

✅ MENGINGAT DITUKAR KEPADA:
▪Menyenaraikan
▪Menamakan
▪Memilih
▪Melabelkan
▪Menyebut, dsbnya.

✅ MEMAHAMI DITUKAR KEPADA:
▪Menjelaskan
▪Menukarkan
▪Menganggarkan
▪Meringkaskan
▪Memberikan contoh, dsbnya.

✅ MENGAPLIKASIKAN DITUKAR KEPADA:
▪Menunjukkan
▪Menjalankan
▪Melukis
▪Mengubah
▪Mengira
▪Melakarkan, dsbnya.

✅ MENGANALISIS DITUKAR KEPADA:
▪Membandingkan
▪Membezakan
▪Mengklasifikasikan
▪Mencerakinkan
▪Menyusun, dsbnya.

✅ MENILAI DITUKAR KEPADA:
▪Membuat keputusan
▪Membuat kesimpulan
▪Membuat hipotesis
▪Menguji
▪Memberikan hujah
▪Membuat justifikasi, dsbnya.

✅ MENCIPTA DITUKAR KEPADA:
▪Membina
▪Menghasilkan
▪Mengadaptasikan
▪Mencipta
▪Mereka bentuk, dsbnya.

NOTA:
Setiap OBJEKTIF perlu mengandungi SATU KATA KERJA atau TINGKAH LAKU sahaja.

Sumber