1
Allah SWT
melakukan pengawasan secara langsung. Sang Pencipta selalu bersama dengan kita
di mana sahaja kita berada. Bila kita bertiga, maka Dia yang keempat. Bila kita
berlima, maka Dia yang keenam (QS. Al Mujadilah 7). Bahkan Allah SWT teramat
dekat dengan kita iaitu lebih dekat dari urat leher kita.
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (QS. Qaaf 16)
2
Allah SWT
melakukan pengawasan melalui malaikat.
“ketika
dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan
dan yang lain duduk di sebelah kiri.” (QS. Qaaf 17)
Kedua malaikat ini akan mencatat segala amal perbuatan kita yang baik mahupun yang buruk; yang besar mahupun yang kecil. Tidak ada yang tertinggal. Catatan tersebut kemudian dibukukan dan diserahkan kepada kita (QS. Al Kahfi 49).
3
Allah SWT
melakukan pengawasan melalui diri kita sendiri. Ketika meninggal anggota tubuh
kita seperti tangan dan kaki akan menjadi saksi bagi kita. Kita tidak mampu
mengawal anggota tubuh tersebut untuk memberikan kesaksian sebenarnya.
“Pada
hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan
memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”
(QS. Yaasiin 65)
Kesimpulannya,
kita hidup tidak akan terlepas di mana sahaja dan bila-bila sahaja dari
pengawasan Allah SWT. Tidak ada waktu untuk berbuat maksiat. Tidak ada tempat
untuk mengingkari Allah SWT. Yakinlah bahawa perbuatan sekecil apa pun akan
tercatat dan akan dipertanyakan oleh Allah SWT di hari perhitungan kelak.