Breaking

22 October 2015

Kewajipan Menuntut Ilmu


Assalamualaikum W.b.t
Salah satu kewajipan kita sebagai umat Muslim adalah menuntut ilmu. Agama islam sendiri telah mencantumkan dalil – dalilnya tentang wajibnya menuntut ilmu, salah satu contohnya dalam al Quran surah an Nahl ayat 43 Allah berfirman: “ …bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya …”, dalam hadist juga telah disebut, Dari Anas bin Malik r.a.,  berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam”.

Mempunyai pengetahuan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya perlu disertai dengan akhlak yang mulia, baik sesama manusia, mahupun terhadap Tuhannya.   Agar kita menjadi orang yang mencapai kesempurnaan dan mendapat kebahagiaan di dunia maupun di akhirat kelak.