Elemen komunikasi di dalam kelas melibatkan 3 aspek, iaitu:
i. Interaksi guru - murid
ii. Interaksi murid - murid
iii. Interaksi murid - bahan
Sedikit perkongsian saya dalam memastikan INTERAKSI GURU - MURID berlaku secara EFEKTIF.
1. ARAHAN YANG JELAS
Arahan guru bukan sahaja perlu dilontarkan kepada murid di dalam kelas, tetapi setiap arahan tugasan perlu ditulis untuk memastikan murid lebih jelas dalam melakukan aktiviti.
2. BAHASA YANG DIGUNAKAN
Bahasa yang digunakan perlulah jelas dari segi sebutan dan pemilihan kata-kata perlu tepat serta mudah difahami oleh murid.
3. BAHASA TUBUH DAN MIMIK MUKA
Bahasa tubuh dan mimik muka memainkan peranan penting dalam interaksi guru - murid. Cara berdiri dan mimik wajah dapat menunjukkan perasaan sebenar guru mahupun murid. Jadi, awasi mimik muka dan bahasa badan guru apabila berinteraksi dengan murid.
4. KEKUATAN LONTARAN SUARA GURU
Jika guru mempunyai suara yang perlahan, guru perlu berdiri di tengah-tengah kelas untuk memastikan suara guru didengari oleh murid. Begitu juga semasa murid membuat pembentangan. Guru berada jauh daripada murid yang membuat pembentangan untuk menggalakkan murid bercakap dengan kuat dan jelas agar dapat didengari oleh rakan yang lain.
5. PENYOALAN GURU
Teknik penyoalan sangat penting semasa melontarkan soalan kepada kelas. Guru perlu melontarkan soalan terlebih dahulu, diam seketika baru memanggil nama murid yang ingin disoal.
** Perkongsian berlaku sewaktu Bengkel Penataran PAK21 utk Pengetua dan Guru Besar Wilayah Keramat.
Hak cipta terpelihara Sisc Azura