Breaking

19 February 2018

SENARAI SEMAK ITEM DALAM RPH


1. SUBJEK/KELAS/MASA 

Bagi memudahkan rujukan dilakukan oleh guru yang mengajarkan subjek, kelas yang pelbagai dan banyak waktu pengajaran.

2. TEMA/TAJUK 

Catatkan tema/tajuk yang akan diajar bagi memudahkan rujukan guru.

3. SK/SP atau HPK/HPU atau FU/FS 

Semua di atas perlu dirujuk daripada DSKP atau HSP.

Bagi tahun 1 - 6 dan Tingkatan 1 - 2 2018, gunakan SK/SP. Daripada SP (standard pembelajaran) TERHASILNYA OBJEKTIF.

Bagi tingkatan 3 - 5 semua mata pelajaran kecuali BM, gunakan HPU/HPK.

HPU ialah Hasil Pembelajaran Utama, iaitu yang perpuluhan 0.

HPK ialah Hasil Pembelajaran Khusus, iaitu yang mempunyai ARAS/LEVEL (anak kepada HPU yang dipilih) dan daripada HPK TERHASILNYA OBJEKTIF.

FU/FS digunakan semasa menulis RPH untuk mata pelajaran BM sahaja.

FU bermaksud Fokus Utama. Dipilih daripada HSP yang mempunyai aras/level. Daripada FU TERHASILNYA OBJEKTIF.

FS bermaksud Fokus Sampingan. FS TIDAK BOLEH menjadi OBJEKTIF. Kemahiran ini hanya dapat dilihat dalam AKTIVITI.

4. OBJEKTIF 

Objektif perlu dibina berdasarkan SP/HPK/FU yang dipilih di samping mempertimbangkan ARAS MURID. Objektif yang dibina perlu boleh dilihat, spesifik, boleh diukur dan dicapai dalam tempoh masa PdPc.

5. AKTIVITI 

Aktiviti yang dicatat PERLU JELAS menunjukkan CARA OBJEKTIF DICAPAI dengan memasukkan aktiviti PAK21 berserta elemen KBAT yang ingin diajar. Catatkan pentaksiran atau penilaian dalam bahagian aktiviti.

6. REFLEKSI 

Terbahagi kepada dua, iaitu:

i. Refleksi Pdpc
Mencatatkan bilangan murid capai dan tidak capai serta langkah penambahbaikan yang dilakukan dan bahagian yang boleh ditambah nilai untuk PdPc akan datang.

ii. Refleksi PBD
Jumlah murid yang capai TP/Band yang ditaksirkan.

** Video dirakam ketika sesi bengkel Penulisan RPH dengan Pengetua dan Guru Besar Wilayah Keramat.

Hak cipta terpelihara Sisc Azura