Breaking

18 February 2018

Professional Learning Community (PLC)


Dunia pendidikan dalam Abad ke-21 sering menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan guru akan berperanan sebagai fasilitator untuk membantu murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi mencapai standard pembelajaran yang digarisi.

Dalam mencapai usaha tersebut satu konsep Komuniti Pembelajaran Profesional atau dikenali sebagai Professional Learning Community (PLC) mula diperkenalkan dan disebar luas ke sekolah-sekolah seluruh negara. PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara.

Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan berkualiti di masa hadapan.

Perlaksanaan PLC yang berlaku secara santai ini bertindak sebagai satu medium pengajaran melalui proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pengajaran dan dan pengajaran (PdP) di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah dalam memberi kepuasan dan minat yang mendalam ke atas diri setiap murid-murid secara keseluruhannya.

Usaha murni ini selari dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu nilai tambah kepada guru-guru dalam perlaksanaan program tersebut. Namun begitu arahan wajib perlaksanan PLC daripada pihak atasan telah membuat guru merasa terbeban dengan penambahan tugsan tersebut hingga menjadi punca kepada hilangnya keseronokan dan nikmat dalam menjalankan tugasan di sekolah.

Selain itu, faktor kekurangan pengetahuan berkaitan PLC dan kekangan masa yang melampau turut menjadi satu halangan kepada kelancaran perlaksanaannya di peringkat sekolah. Oleh itu, sewajarnya maklumat berkaitan PLC di sebarkan secara meluas melalui taklimat dan seminar untuk mengelakkan dari berlakunya keciciran maklumat dan mesej dapat disampaikan dengan tepat serta dapat menggalakkan kesediaan guru-guru untuk menjalankan PLC di sekolah.

Program PLC merupakan satu pendekatan baru dalam usaha memimpin pengurus sekolah dan guru-guru untuk melakukan satu perubahan dalam PdPc dengan matlamat meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah secara bersepadu. PLC adalah merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik.

Kerjasama dan semangat kesukarelaan setiap guru-guru mewujudkan budaya pembelajaran melalui perlaksanakan PLC ini pasti membuahkan hasil yang baik dan merealisasikan kualiti profesionalisme guru yang cemerlang.

Justeru itu, kewujudan program PLC ini wajar disambut baik oleh semua pihak khususnya warga pendidik dalam hasrat untuk mencapai objektif program yang telah digarisi dalam aspirasi pendidikan negara. Perlaksanaan PLC adalah untuk menarik penyertaan seluruh stake holder dan warga pendidik menjayakan NKRA dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).

Dalam merealisasikan aspirasi negara ini satu perubahan dalam kurikulum negara perlulah lebih bervariasi dan menarik dengan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovaif serta mampu mengembangkan profesionalisme guru dan memberi kesan terhadap keberhasilan pencapaian murid selaras dengan objektif PPPM. Pembudayaan PLC sepenuhnya dalam PdPc menjadikan proses pembelajaran lebih lancar dan dapat mengurangkan kebergantungan guru kepada arahan pihak atasan serta mampu menjadi guru yang kreatif serta sentiasa mengamalkan amalan pengajaran yang baik, lebih sistematik dan berinovasi dalam sesi PdPc mereka.

Perlaksanaan PLC yang berkesan dapat meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru secara keseluruhannya. Strategi persediaan guru dalam perlaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 bertindak sebagai satu mekanisme dalam merancang PdPc dengan lebih berkesan dan amat releven dengan sistem pendidikan semasa yang lebih bersifat “pemusatan murid”.

Dalam strategi ini murid berperanan secara aktif dalam aktiviti PdPc sama ada secara kumpulan ataupun individu dengan di pandu oleh guru melalui komunikasi dua hala bagi mencapai objektif pembelajaran murid. Di bawah strategi ini murid lebih bertindak positif serta mampu menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif di samping mewujudkan semangat bekerjasama antara satu sama lain berbanding strategi pemusatan guru yang telah lama diamalkan.

Melalui program PLC yang bersifat positif ini mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam menangani isu PdPc dan untuk berkongsi amalan PdPc yang terbaik secara tidak langsung melalui bagaimana guru-guru dan murid-murid mempamerkan cara berfikir, nilai dan kemahiran sedia ada selaras dengan perubahan gelombang globalisasi pendidikan negara.

Dalam masa yang sama satu hubungan yang berkualiti dapat dibina melalui penglibatan guru-guru dan murid-murid dalam program-program yang berfokus untuk mengembangkan bakat yang kreatif dan berinovatif. Perlaksanaan PLC secara bersepadu juga menjadi satu simbol yang komprehensif dalam mencabar dan memotivasikan guru untuk menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruktional di sekolah.

Mereka sentiasa peka dan berusaha membina iklim pembelajaran yang kondusif ke arah memacu pencapaian akademik dan kecemerlangan sekolah. Guru warga mempelbagaikan strategi PLC di dalam bilik darjah seperti belajar secara berjalan, bimbingan rakan sebaya guru atau pembimbing instruksi, belajar menggunakan rancangan pengajaran harian dan sesi perkongsian guru.

Dengan hala tuju yang jelas dalam perlaksanaan PLC pasti menghasilkan output akhir yang mantap dan meningkatkan pencapaian murid dalam menyelesaikan permasalahan pembelajaran dengan lebih berkesan. Implikasi dari usaha perlaksanaan PLC ini secara berterusan dengan mengerakkan sumber-sumber sedia ada di persekitaran sudah pasti akan melonjakkan peningkatan dan kualiti pencapaian akademik dan sahsiah murid yang cemerlang.

Sokongan dan usaha kerajaan untuk melakukan anjakan daripada sistem pendidikan berasaskan peperiksaan kepada berorientasikan penaksiran juga telah memudahkan perlaksanaan PLC secara menyeluruh. Perubahan ini bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang lebih bersifat kompleks, kompetitif dan cemerlang secara keseluruhan. Namun begitu, komitmen guru yang komited, berbakat, berkualiti dan dinamik adalah diperlukan termasuk sokongan pihak-pihak yang lain khususnya ibu bapa dalam merealisasikan PLC ini dengan jayanya.

Kesimpulannya, PLC adalah satu pendekatan dalam perlaksanaan PdPc yang unik di dalam bilik darjah untuk membangunkan dan menambahbaik pengajaran guru-guru di sekolah. Komitmen guru yang komited dan boleh bekerjasama secara kolaboratif secara berterusan dalam membuat inkuiri dan kajian tindakan telah memantapkan penghasilan PdPc yang kreatif dan penyampaian pendidikan yang jelas untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam kurikulum.

Justeru itu, strategi pemilihan pendekatan PLC yang berkesan seperti pengajaran bersama guru, tunjuk cara dalam pengajaran, sistem sokongan rakan sekerja dan perkongsian pintar antara pelbagai pihak secara kolaboratif telah memantapkan usaha PLC di sekolah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua warga pendidik sentiasa mentransformasikan amalan PLC dalam PdPc mereka serta mengambil peluang melibatkan diri dalam pembelajaran mereka sendiri bagi mengalakkan rasa kesepunyaan nilai dalam membangunkan murid-murid yang holistik serta bersedia berkongsi idea bersama secara formal atau tidak formal dalam menjana “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi”. Kejayaan mewujudkan komuniti pembelajaran profesional di sekolah merupakan satu langkah bijak kepada pencapaian matlamat PPPM 2013-2025.