Breaking

18 February 2018

Cara Menulis Aktiviti Dalam RPH Dengan Betul

Bagaimana cara menulis RPH yang betul? Kita sering kali melihat gaya penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang berbeza-beza, ada yang ringkas, ada yang terlalu padat dan ada yang mengikut format serta kehendak penulisan RPH Abad 21.

Di sini ingin dikongsikan cara menulis RPH, tetapi difokuskan di sini cara menulis aktivti. Panduan ini adalah hasil perkongsian asal dari Sisc Azura.
Cara menulis aktiviti di dalam RPH

Aktiviti yang dirancang mestilah menunjukkan cara objektif dicapai.

Aktiviti mesti ditulis dengan jelas dalam bentuk ayat lengkap, dan bukan hanya menulis perkataan. Kesalahan yang berlaku adalah hanya menulis perkataan sahaja seperti:
Soal jawab.
Perbincangan
Penerangan
Latihan
Sumbang saran

Sepatutnya aktiviti ditulis seperti berikut:
Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang ditonton.
Murid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber berdasarkan kad arahan.
Wakil kumpulan membuat pembentangan.
Murid dan guru membuat penambahbaikan dan penjelasan lanjut berserta soal jawab.
Murid dalam kumpulan menyelesaikan masalah mengikut aras.
Murid dan guru membuat semakan dan peneguhan.

___________

Ya, apabila kita menulis dalam bentuk ayat barulah jelas, apa aktiviti yang hendak kita lakukan. kalau sekadar menulis soal jawab atau pebincangan, kita juga tidak jelas kaedah bagaimana yang digunakan.

Dikongsikan juga di sini, perkara yang perlu ada di dalam RPH Abad 21, ini antara contoh yang disarankan mungkin ada yang berbeza dan lebih ringkas daripada yang ini.
 
CONTOH ITEM DI DALAM RPH ABAD 21
Minggu/ Tarikh/ Hari
Kelas/ Masa/ Mata Pelajaran
Bidang Pembelajaran
Objektif/ Kriteria Kejayaan
Aktiviti
ABM/ BBM
Elemen Merentas Kurikulum
Tahap Pemikiran/ KBAT
Peta Pemikiran ITHINK
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Tahap Penguasaan
Penilaian
Impak/ Refleksi
Kehadiran
 
Item ini mungkin tidak sama bagi semua subjek, sekiranya Panitia anda telah tetapkan contoh RPH tersendiri terpulanglah pada saranan Jurulatih Utama atau PPD di tempat anda.

Berbalik semula kepada aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam PA 21, sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita tulis, namun begitu tidak semua yang ditulis di RPH mampu diterjemahkan semasa PdPc. Ini berikutan kerana terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti kekangan masa, ingin mengejar silibus, masalah murid belum menguasai topik lepas, belum mahir membaca dan sebagainya.

Walaubagaimanapun kita percaya guru sangat memahami murid-murid mereka, kata orang kita sahaja kenal murid kita, kita tahu masalah mereka.

Apapun kaedah atau cara aktiviti kita lakukan yang penting murid dapat faham dan menguasai topik, serta mencapai objektif pembelajaran. Jangan lupa rujuk Borang Standard 4 sebagai panduan melihat kriteria yang diperlukan dalam pencerapan Pdp Abad 21.