1. SK/SP, HPK/HPU atau FU/FS yang dipilih mesti dicatat untuk sesi PdP.
Catatan ini menunjukkan guru MERANCANG menggunakan kurikulum yang sedia ada (seperti yang tercatat dalam penentuan skor 4.1.1 Guru Sebagai Perancang dalam SKPMg2 Std.4).
2. OBJEKTIF yang dibina MESTI BERDASARKAN SP/HPK/FU yang dicatatkan tadi.
Guru mesti MERANCANG OBJEKTIF YANG BOLEH DIUKUR.
i. Penetapan objektif boleh diukur juga ada dalam tindakan yang perlu dilakukan oleh guru sebagai perancang (SKPMg2 Std.4)
ii. Penetapan bilangan minimum juga menandakan guru membuat pertimbangan aras murid. Begitu juga penggunaan perkataan tertentu dalam penulisan objektif menandakan aras murid diambil kira.
*Keterangan lanjut boleh dibaca dalam apps My-TiKUS.
3. AKTIVITI dibina berdasarkan OBJEKTIF YANG TELAH DIRANCANG.
Aktiviti yang ditulis mesti mengandungi TINDAKAN MURID, NAMA AKTIVITI, BAHAN DAN JENIS PENTAKSIRAN.
Contoh penulisan set induksi:
1. Murid mencatatkan idea berkenaan percutian secara pantas pada papan putih melalui aktiviti kumpulan Siapa Cepat?
Contoh penulisan langkah dalam aktiviti:
1. Murid dalam kumpulan berbincang untuk menghasilkan poster iklan berkaitan tempat percutian pada kertas lukisan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. (TP... )
ATAU
1. Murid dibahagikan mengikut aras serta dibekalkan dengan bahan untuk menghasilkan poster iklan berkaitan tempat percutian menggunakan kertas lukisan dan kumpulan yang lemah dibimbing oleh guru. (Ada pertimbangan aras murid dan aspek pembelajaran pembezaan.)
Penulisan aktiviti yang sesuai dengan objektif pembelajaran, merancang pentaksiran dan menetapkan ABM/BBM/BBB ada dalam tindakan yang perlu dilakukan oleh guru sebagai perancang (SKPMg2 Std.4).
Perlu diingatkan aktiviti yang dirancang mesti sesuai dengan aras murid, masa PdP dan kurikulum yang berkuat kuasa sekarang.
4. REFLEKSI mesti dicatat setelah PdP berakhir. Ada DUA refleksi, iaitu REFLEKSI PdP dan REFLEKSI PBD.
Guru mesti MERANCANG tindakan yang perlu diambil dalam PdP akan datang jika pada hari tersebut objektif yang dirancang tidak dapat dicapai sepenuhnya.
KESIMPULANNYA, menulis RPH dengan betul selari dengan peranan GURU SEBAGAI PERANCANG seperti yang disebut dalam SKPMg2 Std.4.
Sumber