Breaking

18 April 2018

Panduan Penulisan Aktiviti Dalam RPH PAK 21


Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mestilah terjemahan daripada RancanganPelajaran Tahunan (RPT). RPH berdasarkanSPI Bil. 3/1999 harus mengandungi:

i. OBJEKTIF
ii. Cara untuk mencapai objektif (AKTIVITI)
iii. Kenyataan sejauh mana objektif tercapai (REFLEKSI)

RPH PAK21 masih berpandukan SPI tersebut.

AKTIVITI yang ditulis mesti:

1. MENEPATI KEHENDAK SP/HPK YANG DIPILIH.
SP/HPK yang dipilih akan membentuk objektif yang perlu dicapai oleh
setiap murid di dalam kelas.

2. SELARAS DENGAN OBJEKTIF YANG DIRANCANG.
Aktiviti yang dirancang harus membawa murid mencapai objektif yang
dirancang.

3. PENULISAN MESTI BERMULA DENGAN PERKATAAN MURID atau dalam bahasa
mudah ayat pasif.

Contoh:
Murid dipertontonkan tayangan video pendek berkaitan seorang ibu
mengajar anaknya menyelesaikan masalah sendiri.

4. PENTAKSIRAN YANG DIRANCANG, iaitu BAND/TAHAP PENGUASAAN DICATATKAN
DI DALAM KURUNGAN pada bahagian aktiviti yang menunjukkan pentaksiran
berlaku.
Contoh:/
Secara berkumpulan, murid berbincang dan bertukar-tukar pandangan
tentang amalan kejiranan yang terdapat dalam cerita yang dipertontonkan
berserta faedahnya melalui aktiviti Talking Chip. Penilaian rakan dibuat
bagi kesantunan bahasa yang digunakan dalam perbincangan. (DT - TP4)
DT bermaksud kemahiran dengar tutur

5. AKTIVITI PAK21 dan ELEMEN KBAT PERLU ADA dalam penulisan aktiviti.
Contoh:
Murid melaksanakan aktiviti Stray Stay untuk berkongsi hasil
perbincangan dengan rakan kumpulan lain.

6. KAEDAH YANG DIGUNAKAN HARUS SESUAI dengan aktiviti.
Contoh:
Jika merancang aktiviti berpasangan, pembentangan tidak sesuai
menggunakan kaedah Stray Stay.
ATAU
Melaksanakan aktiviti yang lebih kurang sama seperti melaksanakan
aktiviti Flying Carpet untuk semakan kemudian melaksanakan Gallery Walk
untuk perkongsian. Lebih baik, dilaksanakan aktiviti Gallery Walk dan
murid diminta menyemak jawapan rakan dan memberikan penghargaan pada
setiap kumpulan.

Sumber