Trend PAK21 tahun 2017
1. Digital Ink
Trend ini bukanlah baru tetapi kita melihat satu gelombang baru dalam
penyelesaian teknikal kepada pdpc dalam kelas. Dengan mengunakan peranti
pintar samada tablet, telefon pintar atau komputer touchscreen, guru
dapat mencatat nota, membuat anotasi ataupun membuat contengan pada fail
pdf semasa mengajar. Guru juga dapat bergerak dalam kelas sementara
paparan pada peranti dipaparkan dalam kelas. Tidak perlu lagi
menggunakan marker pen dan contengan pada papan putih. Walaupun nampak
ringkas, ia sangat memudahkan PdPc guru.
2. Modul Multimedia PdPc STEM
Modul ini telah dibuat untuk membantu guru-guru khasnya guru-guru STEM
menyampaikan PdPc dengan penggunaan bahan digital dan bantuan alat-alat
teknologi. Bukan sahaja memudahkan guru malah menjadi rujukan kepada
pelbagai subjek. Terima kasih Eduwebtv. Muat turun di sini.
3. eRPH
RPH digital bukan perkara baru tetapi pada tahun 2017, kita menyaksikan
lebih banyak variasi RPH digital. Yang terbaru ialah eRPH iaitu RPH yang
boleh dibuat secara online, dikongsikan secara dalam talian serta
disemak secara real time. Beberapa sistem telah diperkenalkan antaranya
ialah erph online, erph melalui Frog VLE, erph melalui Google Classroom
dan bermacam-macam lagi. Buat RPH sendiri? Rujuk sini.
4. Casting dan Mirroring
Semakin ramai guru kini memilik LCD projektor untuk digunakan dalam
bilik darjah. Malah kemudahan ini juga ditambah baik di kalangan guru.
Oleh itu, perlunya ada kaedah untuk membuat paparan sama daripada
peranti kepada LCD projektor. Antaranya ialah Screenbeam Mini 2,
Chromecast 2, EzCast dan Mirroring 360. Guru-guru mempunyai pilihan sama
ada membuat casting ataupun mirrorring. Casting adalah membuat paparan
sesuatu aplikasi dalam peranti ke projektor tanpa membuat paparan yang
sama seperti pada peranti asal. Mirroring pula menunjukkan paparan yang
sama pada peranti ke projektor. Guru harus bijak memilih sama ada mahu
menggunakan alat casting atau mirroring yang mana ada yang perlu talian
internet dan ada yang boleh berfungsi secara luar talian. Antara
manfaatnya ialah pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan, guru dapat
menayangkan video, guru dapat memeberi lebih perhatian kepada murid dan
teknologi ini dapat mengambil gambar dan memberi ulasan menggantikan
peranan visualizer. Mahu belajar buat casting dan mirroring menggunakan
Google Chromecast, join t.me/aplikasigoogle.
5. Kit PAK21 KPM
Satu Kit Penerangan PAK21 telah diterbitkan oleh KPM. Kit ini bertujuan
menjadi sumber rujukan kepada SISC+, SIP+ dan pentadbir sekolah untuk
memberi pembugaran PAK21 kepada guru-guru. KIT ini antaranya
menggariskan keperluan pembelajaran abad ke 21 iaitu 4K 1N (Komunikasi,
Kolaboratif, Kreativiti dan pemikiran kiritis serta N=Nilai). Beberapa
aktiviti cadangan PAK21 turut diberikan diikuti dengan penekanan kepada
3 pendekatan pembelajaran pemikiran aras tinggi iaitu pembelajaran
berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran
berasaskan projek.
6. FrogPlay
Tahun ini Frog Play telah dilancarkan dan dijalankan secara
besar-besaran. Murid perlu log in dan menjawab kuiz untuk meraih markah
terbaik. Jumlah log in juga diambil kira termasuk jumlah masa penggunaa.
Beberapa sekolah mengambil langkah inisiatif dengan menawarkan hadiah
berupa trofi dan hadiah badge. Budaya ini mendapat sambutan hangat dan
menyaksikan persaingan sengit beberapa sekolah di seluruh negara.
7. Mudah Mengajar
Blog ini telah diwujudkan pada Bulan Mac 2017 bertujuan untuk berkongsi
idea dan amalan PdPc PA21. Bukan satu-satunya blog pendidikan PAK21,
namun begitu blog ini mengutamakan perkongsian kemahiran serta tips yang
boleh diambil guru untuk menghasilkan pdpc yang lebih baik. Daripada
blog, Mudah Mengajar telah berkembang kepada laman web, Telegram Group,
Telegram Channel, Facebook Page, Andoird App dan Youtube Channel. Selain
itu, 2 buah ebook telah diterbitkan iaitu Aplikasi PdPc PA21 V1 dan
Terokai Dunia Baru PA21.
8. SKPMg2 dan elemen 4.6
SKPMg2 telah digunakan untuk memberi penilaian kepada kualiti PdPc guru.
Berbeza dengan SKPM2010, borang penilaian ini lebih bersifat subjektif
serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses semasa PdPc berlangsung.
Ia lebih ringkas, mudah menilai serta lebih jelas dari segi rubrik
pemarkahan. Item 4.6 iaitu murid terlibat secara aktif telah menjadi
kegusaran kepada ramai guru berikutan keperluan murid untuk bersoal
jawab dan mengemukakan soalan atau pandangan semasa PdPc berlangsung.
Namun bergitu dengan adanya sokongan dan bimbingan SISC+, GC dan
rakan-rakan guru daripada pelbagai channels, banyak idea dapat dikongsikan.
9. PdPc Dalam Talian Antara Negeri.
Beberapa buah sekolah antara negeri telah menganjurkan PdPc serentak
secara berkolaboratif. Ini adalah amalan sihat yang patut diteruskan
agar wujudkan hubungan dan perkongsian pembelajaran secara global. Apa
yang mencuri perhatian ialah kerjasama serta perancangan dari kalangan
guru terlibat beberapa bulan atau minggu sebelum aktiviti ini
dijalankan. Ratusan murid dapat berhubung melalui aplikasi Google
Hangouts, melihat bahan pembelajaran melalui EdPuzzle serta menjawab
soalan kuiz melalui Quizizz.
TREND 2018
1. Open Platforms
Jika sebelum ini kita melihat Learning Management System hanya bertumpu
kepada Frog VLE sahaja, kini muncul pelbagai variasi sebagai pelengkap
kepada LMS ini. Anataranya Google Classroom, Schoology dan Edmodo.
Setiap satunya membawa fungsi yang sama tetapi dengan antaramuka atau
desain yang berbeza. Google Classroom dilihat lebih mesra pengguna
kerana memberi banyak kelebihan kepada pengguna yang sudah biasa
menggunakan GMail dan Google Drive.
2. Screen Sharing PdPc
Screen sharing merupakan satu solusi teknikal kepada teknologi pdpc dan
pembelajaran kolaboratif antara dua institusi berlainan lokasi. Dengan
paparan sebegini, semua murid tidak kira di mana pun lokasi akan dapat
melihat skrin yang sama, ataupun paparan pada skrin komputer murid boleh
dilihat oleh guru dan murid-murid lain. Antara aplikasi yang
memperkenalkan teknologi ini ialah Chrome Remote Desktop, Google
Hangouts Screen Sharing, Google Cast For Education (hanya untuk gSuite
for Education), Zoom Cloud Meeting, Skype Screen Sharing dan Nearpod.
3. Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek adalah antara 3 pendekatan pembelajaran
pemikiran aras tinggi yang ditekankan sejajar dengan cabaran pendidikan
abad ke 21. Bagi menyahut cabaran pendidikan global, pelbagai projek dan
program diwujudkan. Antaranya ialah STEM ,TS25 dan integrasi dalam buku
teks terkini KSSM. Pembelajaran ini juga sebagai penyelesaian kepada
penilaian silibus topikal yang mana satu kerja kursus diwujudkan khas
bagi merangkumi beberapa topik dan penilaian dibuat sekaligus dan dapat
melihat murid mengaplikasikan beberapa kemahiran penting.
4. Gamifikasi Pembelajaran
Dengan pesatnya aplikasi dan web tools permainan seperti Quizizz dan
Kahoot, tumpuan dan perhatian murid dalam pembelajaran menjadi semakin
baik. Murid lebih bermotivasi dan berdaya saing. Trend ini akan
menjadikan lebih banyak pembangun aplikasi kuiz dalam talian mahupun
luar talian untuk disuaipadankan dengan platform pembelajaran sedia ada.
5. VR & AR
Pada tahun 2017, Aurasma telah menjadi aplikasi AR yang paling banyak
digunakan serta digunakan dalam bilik darjah. Oleh itu kita akan
menyaksikan lebih banyak aplikasi VR dan AR akan dibangunkan. Yang
menjadi semakin hangat digunakan sekarang ini ialah Vuforia. Malah Apple
Education juga sedang giat mengembangkan pembinaan teknologi AR dan VR
dalam platform peranti ios mereka.
6. Artificial Intelligence
Artificial Intelligence iaitu satu teknologi mengenal maklumbalas secara
pintar menjadi trend terkini dalam pembelajaran. Chatbots, Assisstants
dan Google Voice Typing Command. Ini mampu menjadikan pembelajaran lebih
menarik serta mempercepatkan proses pencarian maklumat untuk topik yang
dipelajari.
7. Penggunaan Smartboard
Penggunaan Smartboard bukanlah baru tetapi semenjak viral saranan
kerajaan tentang penggunaan teknologi seperti ini dalam PdPc, maka
tumpuan sekarang diberikan kepada penyediaan Smartboard. Bagaimanapun
beberapa perkara perlu diteliti tentang penggunaan Smartboard dalam
bilik darjah.
Sumber